Friday 3 January 2014

NOTA TINGKATAN 3 (UNIT 2 - ARAH)

PENGENALAN
  1. Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari satu tempat yang lain.
  2. Arah dapat ditunjukkan dengan menggunakan arah mata angin. Arah yang menjadi rujukan utama ialah utara.
  3. Terdapat 3 jenis utara :
    • Utara Magnet - Utara Magnet merujuk kepada utara yang ditunjukkan oleh jarum kompas.
    • Utara Benar    - Utara Benar ialah ialah kutub utara.
    • Utara Grid     - Utara Grid ialah utara yang yang selari dengan garisan grid timuran peta topografi.

BEARING SUDUTAN / AZIMUT
  1. Arah sesuatu tempat boleh dinyatakan dengan bearing.
  2. Bearing sesuatu objek / tempat dinyatakan dalam nilai sudut atau darjah (°).
  3. Bearing yang biasa digunakan ialah bearing sudutan atau bearing azimut. 
  4. Bearing sudutan diukur dari arah utara mengikut arah pusingan jam dalam satu bulatan penuh. Ia diberi nilai 0° hingga 360°.

Cara mengukur bearing sudutan :

Mengukur sudut kurang daripada 180° :


Mengukur sudut lebih daripada 180° :


BEARING SUKUAN

  1. Bearing sukuan pula diukur dari arah utara atau selatan ke arah timur atau barat mengikut sukuan 90°. Nilai bearing sukuan ialah dari 0° hingga 90°
  2. Sudut diukur pada 4 sukuan.
  • Jika sudut berada di Sukuan 1 ukuran sudut bermula 0° Utara hingga 90° Timur.
  • Jika sudut berada di Sukuan 2 ukuran sudut bermula dari 0° Selatan hingga 90° Timur
  • Jika sudut berada di Sukuan 3 ukuran sudut bermula dari 0° Selatan hingga 90° Barat
  • Jika sudut berada di Sukuan 4 ukuran sudut bermula dari 0° Utara hingga 90° Barat

  • Mengukur bearing sukuan :

  • Contoh : 









9 comments:

  1. Terima khasih ini sangat penting untuk murid

    ReplyDelete
  2. nice la, terima kasih, cuma gambar tu kurang jelas sikit

    ReplyDelete
  3. Sunggu bagus artikel ..saya baca dalam buku rujakan still tak faham .. baca disini baru saya faham 😅😆 .. jangan lupa tengok blog saya juga ya

    www.infokasitaw.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Sangat bagus,maklumat yg teliti...terima kasih

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sangat2, dh pt3 geo esk, ni sgt bermanfaat! Sebelum x fhm langsung.. nasib baik terjumpa ni

    ReplyDelete
  6. Sangat berguna untuk saya exam hari esok... Doaakan saya ye

    ReplyDelete