Thursday 9 January 2014

NOTA TINGKATAN 3 (UNIT 3 - SKALA)


3.2
SKALA

·       Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
·       Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta.
·       Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata dan pecahan wakilan.

1. Skala Lurus

  • Terdiri daripada satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.
  • Terdapat dua jenis iaitu skala lurus mudah dan skala lurus penuh.

2. Skala Penyata

  • Merupakan skala yang dinyatakan dalam bentuk penyataan atau perkataan.
  • Contoh:      
a)      1 cm mewakili 1 kilometer bermakna ukuran1 cm dalam  peta mewakili jarak 1 km di atas permukaan bumi.
b)     1cm mewakili 500 meter bermakna ukuran 1 cm dalam peta mewakili jarak 500 meter di atas permukaan bumi.

c)      1 cm mewakili 100 meter bermakna ukuran 1 cm dalam peta mewakili jarak 100 meter di atas permukaan bumi. 

3. Skala Pecahan Wakilan

  • Merupakan skala yang dinyatakan dalam bentuk pecahan atau nisbah
  • Contoh :
a)     1 : 50 000 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 50 000 cm atau 0.5 km di atas permukaan bumi.
b)     1 : 100 000 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 100 000 cm atau 1 km di atas permukaan bumi.
c)     1 : 200 000 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 200 000 cm atau 2 km di atas permukaan bumi. 

Cara Menukar Skala

  • Skala lurus, skala penyata dan pecahan wakilan adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
  • Setiap jenis skala itu boleh ditukar kepada jenis skala yang lain dengan mudah.
  • Contohnya skala lurus dapat ditukar kepada skala penyata atau pecahan wakilan dan sebaliknya.

3.3
JARAK

  • Jarak ialah jauh di antara dua tempat.
  • Jarak dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jarak mutlak dan jarak relatif.
  • Jarak mutlak antara dua tempat dapat diukur dalam unit sentimeter, meter, dan kilometer.
  • Manakala jarak relatif pula diukur dari segi kos dan masa.
  • Jarak dalam peta dapat diukur dengan menggunakan skala lurus, skala penyata, dan pecahan wakilan.
  • Pembaris, jangka tolok atau jalur kertas dapat digunakan untuk mengukur jarak lurus.
  • Benang dan jalur kertas pula digunakan untuk mengukur jarak melengkung.
3.4
KELUASAN

  • Luas sesuatu kawasan dalam peta topografi boleh dianggarkan dengan merujuk kepada persegi grid.
  • Keluasan permukaan bumi yang diwakili oleh setiap persegi grid bergantung kepada skala peta tersebut. 
Misalnya:  
Skala peta ialah 
1 : 50 000 atau 1 cm bersamaan 0.5 km. 
Oleh itu, 
luas satu persegi grid = 0.5 x 0.5 
                                            = 0.25 km persegi 
  • Langkah-langkah menganggarkan luas kawasan.
Langkah 1
    • Tentukan kawasan yang hendak diukur keluasannya.
    • Misalnya kawasan tanaman padi, getah, paya, tasik dan sebagainya.

Langkah 2
§  Sediakan pemidang grid di atas kertas surih.

Langkah 3
§  Letakkan pemidang grid di atas kawasan yang hendak diukur.

Langkah 4
§  Kira dan jumlahkan segiempat-segiempat yang merangkumi kawasan yang hendak diukur. 

12 comments: