Thursday 2 January 2014

NOTA TINGKATAN 2 (UNIT 1 - KEDUDUKAN)



1.
MENGENAL LATITUD / GARIS LINTANG

  • Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob.
  • Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan.
  • Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau Selatan.
  • Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S. 
  • Garis-garis lintang yang utama ialah: 
    1. GarisanKhatulistiwa ( 0° )
    2. Garisan Sartan ( 23½°U )
    3. Garisan Artik ( 66½°U )
    4. Garisan Jadi ( 23½°S )
    5. Garisan Antartik ( 66½°S )
    6. Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan. 


2.
MENGENAL LONGITUD / GARIS BUJUR / MERIDIAN


  • Garis longitud  ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan.
  • Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan.
  • Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi. 
  • Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi nilai 0°.
  • Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360° garis longitud. 
  • Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1°B hingga 180°B.
  • Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah garisan yang sama.
  • Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ). 

    3.
    MENYATA DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT     BERASASKAN LATITUD DAN LONGITUD

    • Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
    • Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud.
    • Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan kepada 60 minit ( ’ )
    • Contoh:  Rujuk peta di bawah
     

    4.
    MENGIRA WAKTU TEMPATAN

    • Garis longitud digunakan untuk mengira waktu.
    • Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0° ).
    • Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat.
    • Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.
     Contoh :


    5.
    WAKTU PIAWAI

    • Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil. 
    • Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai.
    • Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur
    • Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15° garis longitud. 

    • Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T.
    • Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
    • Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami keadaan tengah malam.
    • Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.
    • Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA. 
    • Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari.
    • Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.

2 comments: