·
Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis
dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
·
Skala membolehkan saiz kawasan tertentu
dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta.
·
Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan
dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata dan pecahan wakilan.
1. Skala Lurus
- Terdiri
daripada satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang
sama jaraknya.
- Terdapat
dua jenis iaitu skala lurus mudah
dan skala lurus penuh.
2. Skala Penyata
- Merupakan skala yang
dinyatakan dalam bentuk penyataan atau perkataan.
- Contoh:
a) 1
cm mewakili 1 kilometer bermakna ukuran1 cm dalam peta mewakili jarak 1 km di atas permukaan bumi.
b) 1cm
mewakili 500 meter bermakna ukuran 1 cm dalam peta mewakili jarak 500 meter di atas permukaan bumi.
c) 1
cm mewakili 100 meter bermakna ukuran 1 cm dalam peta mewakili jarak 100 meter di atas permukaan bumi.
3. Skala Pecahan
Wakilan
- Merupakan skala yang dinyatakan dalam bentuk pecahan
atau nisbah
- Contoh :
a) 1
: 50 000 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 50 000 cm atau 0.5 km di atas permukaan bumi.
b) 1
: 100 000 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 100 000 cm atau 1 km di atas permukaan bumi.
c) 1
: 200 000 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 200 000 cm atau 2 km di atas permukaan bumi.
Cara Menukar Skala
- Skala
lurus, skala penyata dan pecahan wakilan adalah saling berkaitan antara
satu sama lain.
- Setiap
jenis skala itu boleh ditukar kepada jenis skala yang lain dengan mudah.
- Contohnya
skala lurus dapat ditukar kepada skala penyata atau pecahan wakilan dan
sebaliknya.
- Jarak
ialah jauh di antara dua tempat.
- Jarak
dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jarak mutlak dan jarak relatif.
- Jarak
mutlak antara dua tempat dapat diukur dalam unit sentimeter, meter, dan
kilometer.
- Manakala
jarak relatif pula diukur dari segi kos dan masa.
- Jarak
dalam peta dapat diukur dengan menggunakan skala lurus, skala penyata, dan
pecahan wakilan.
- Pembaris,
jangka tolok atau jalur kertas dapat digunakan untuk mengukur jarak lurus.
- Benang
dan jalur kertas pula digunakan untuk mengukur
jarak melengkung.
- Luas sesuatu
kawasan dalam peta topografi boleh dianggarkan dengan merujuk kepada persegi
grid.
- Keluasan permukaan bumi
yang diwakili oleh setiap persegi grid bergantung kepada skala peta
tersebut.
Misalnya:
Skala peta ialah
1 : 50 000 atau 1 cm bersamaan 0.5 km.
Oleh itu,
luas satu persegi grid = 0.5 x 0.5
= 0.25 km persegi
- Langkah-langkah
menganggarkan luas kawasan.
Langkah 1
- Tentukan
kawasan yang hendak diukur keluasannya.
- Misalnya
kawasan tanaman padi, getah, paya, tasik dan sebagainya.
Langkah 2
§ Sediakan
pemidang grid di atas kertas surih.
Langkah 3
§ Letakkan
pemidang grid di atas kawasan yang hendak diukur.
Langkah 4
§ Kira
dan jumlahkan segiempat-segiempat yang merangkumi kawasan yang hendak diukur.