Thursday 9 January 2014

NOTA TINGKATAN 2 (UNIT 4 - GRAF)


NOTA TINGKATAN 3 (UNIT 3 - SKALA)


3.2
SKALA

·       Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
·       Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta.
·       Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata dan pecahan wakilan.

1. Skala Lurus

  • Terdiri daripada satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.
  • Terdapat dua jenis iaitu skala lurus mudah dan skala lurus penuh.

2. Skala Penyata

  • Merupakan skala yang dinyatakan dalam bentuk penyataan atau perkataan.
  • Contoh:      
a)      1 cm mewakili 1 kilometer bermakna ukuran1 cm dalam  peta mewakili jarak 1 km di atas permukaan bumi.
b)     1cm mewakili 500 meter bermakna ukuran 1 cm dalam peta mewakili jarak 500 meter di atas permukaan bumi.

c)      1 cm mewakili 100 meter bermakna ukuran 1 cm dalam peta mewakili jarak 100 meter di atas permukaan bumi. 

3. Skala Pecahan Wakilan

  • Merupakan skala yang dinyatakan dalam bentuk pecahan atau nisbah
  • Contoh :
a)     1 : 50 000 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 50 000 cm atau 0.5 km di atas permukaan bumi.
b)     1 : 100 000 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 100 000 cm atau 1 km di atas permukaan bumi.
c)     1 : 200 000 bermakna 1 cm dalam peta mewakili 200 000 cm atau 2 km di atas permukaan bumi. 

Cara Menukar Skala

  • Skala lurus, skala penyata dan pecahan wakilan adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
  • Setiap jenis skala itu boleh ditukar kepada jenis skala yang lain dengan mudah.
  • Contohnya skala lurus dapat ditukar kepada skala penyata atau pecahan wakilan dan sebaliknya.

3.3
JARAK

  • Jarak ialah jauh di antara dua tempat.
  • Jarak dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu jarak mutlak dan jarak relatif.
  • Jarak mutlak antara dua tempat dapat diukur dalam unit sentimeter, meter, dan kilometer.
  • Manakala jarak relatif pula diukur dari segi kos dan masa.
  • Jarak dalam peta dapat diukur dengan menggunakan skala lurus, skala penyata, dan pecahan wakilan.
  • Pembaris, jangka tolok atau jalur kertas dapat digunakan untuk mengukur jarak lurus.
  • Benang dan jalur kertas pula digunakan untuk mengukur jarak melengkung.
3.4
KELUASAN

  • Luas sesuatu kawasan dalam peta topografi boleh dianggarkan dengan merujuk kepada persegi grid.
  • Keluasan permukaan bumi yang diwakili oleh setiap persegi grid bergantung kepada skala peta tersebut. 
Misalnya:  
Skala peta ialah 
1 : 50 000 atau 1 cm bersamaan 0.5 km. 
Oleh itu, 
luas satu persegi grid = 0.5 x 0.5 
                                            = 0.25 km persegi 
  • Langkah-langkah menganggarkan luas kawasan.
Langkah 1
    • Tentukan kawasan yang hendak diukur keluasannya.
    • Misalnya kawasan tanaman padi, getah, paya, tasik dan sebagainya.

Langkah 2
§  Sediakan pemidang grid di atas kertas surih.

Langkah 3
§  Letakkan pemidang grid di atas kawasan yang hendak diukur.

Langkah 4
§  Kira dan jumlahkan segiempat-segiempat yang merangkumi kawasan yang hendak diukur. 

NOTA TINGKATAN 3 (UNIT 3 - SKALA)


1.
PENGENALAN

  • Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
  • Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta.
  • Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu :

    1. Skala lurus
    2. Skala penyata
    3. Pecahan wakilan
2.
MENGUKUR JARAK DI ANTARA DUA TEMPAT PADA PETA DENGAN MENGGUNAKAN SKALA LURUS

  • Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus.
  • Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.
  • Mengukur Jarak Lurus
    •   Menggunakan Jangka Tolok
    •   Menggunakan Jalur Kertas
  • Mengukur Jarak Melengkung
    •   Menggunakan Jalur Kertas
    • Menggunakan Benang
  • 3.4
    MENUKAR JARAK PADA PETA KEPADA JARAK SEBENAR

    • Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris.
    • Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm).
    • Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan.
    • Contohnya:
    1.     Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
    2.     Kemudian membaca nomborpada sekolah.
    3.     Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
    4.     Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta.
    5. Berdasarkan skala lurusitu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.

    ·       Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.
    ·       Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km.
    ·       Jarak sebenar di atas bumiditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.
    3.5
    MENUKAR JARAK DI LAPANGAN KEPADA JARAK PADA PETA

    • Berpandukan skala lurus, anda boleh menukar jarak di lapangan kepada jarak di atas peta.
    • Dengan cara itu, anda boleh melukis pelan atau peta sesebuah tempat.

    • Lihat Rajah di atas, Jarak jalan raya antara Kampung Jong dengan Kampung Pahat ialah 5.5 kilometer. Berapakah jarak jalan raya ini dalam peta?
    • Anda boleh mengira jarak jalan raya ini dalam peta berpandukan skala lurus terpilih:
    Jarak sebenar = 5.5 kilometer

    Berdasarkan skala dalam peta, Jarak dalam peta =5.5 cm

    • Dengan cara yang sama, tukar jarak sebenar tempat-tempat berikut kepada jarak dalam peta. Gunakan skala lurus di atas.
    1.     Jarak sekolah dari Kampung Jong
    2.     Jarak rumah Devi dari Kampung Jong
    3.     Jarak Kampung Plang dari Kampung Jong

    • Setelah menukar jarak sebenar kepada jarak dalam peta, anda boleh melukis peta atau pelan untuk menunjukkan kedudukan tempat-tempat berkenaan.
    • Lihat contoh di bawah.




Friday 3 January 2014

NOTA TINGKATAN 3 (UNIT 2 - ARAH)

PENGENALAN
  1. Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari satu tempat yang lain.
  2. Arah dapat ditunjukkan dengan menggunakan arah mata angin. Arah yang menjadi rujukan utama ialah utara.
  3. Terdapat 3 jenis utara :
    • Utara Magnet - Utara Magnet merujuk kepada utara yang ditunjukkan oleh jarum kompas.
    • Utara Benar    - Utara Benar ialah ialah kutub utara.
    • Utara Grid     - Utara Grid ialah utara yang yang selari dengan garisan grid timuran peta topografi.

BEARING SUDUTAN / AZIMUT
  1. Arah sesuatu tempat boleh dinyatakan dengan bearing.
  2. Bearing sesuatu objek / tempat dinyatakan dalam nilai sudut atau darjah (°).
  3. Bearing yang biasa digunakan ialah bearing sudutan atau bearing azimut. 
  4. Bearing sudutan diukur dari arah utara mengikut arah pusingan jam dalam satu bulatan penuh. Ia diberi nilai 0° hingga 360°.

Cara mengukur bearing sudutan :

Mengukur sudut kurang daripada 180° :


Mengukur sudut lebih daripada 180° :


BEARING SUKUAN

  1. Bearing sukuan pula diukur dari arah utara atau selatan ke arah timur atau barat mengikut sukuan 90°. Nilai bearing sukuan ialah dari 0° hingga 90°
  2. Sudut diukur pada 4 sukuan.
  • Jika sudut berada di Sukuan 1 ukuran sudut bermula 0° Utara hingga 90° Timur.
  • Jika sudut berada di Sukuan 2 ukuran sudut bermula dari 0° Selatan hingga 90° Timur
  • Jika sudut berada di Sukuan 3 ukuran sudut bermula dari 0° Selatan hingga 90° Barat
  • Jika sudut berada di Sukuan 4 ukuran sudut bermula dari 0° Utara hingga 90° Barat

  • Mengukur bearing sukuan :

  • Contoh : 









NOTA TINGKATAN 3 (UNIT 1 - KEDUDUKAN)

RUJUKAN GRID
  • Garisan grid digunakan bagi menunujukkan kedudukan sesuatu tempat di atas peta topografi. 
  • Garisan grid yang dilukis melintang dinamakan garisan utaraan dan garisan grid yang dilukis secara menegak dinamakan garisan timuran.
  • Kedudukan sesuatu tempat di atas peta topografi dapat ditentukan dengan menggunakan rujukan grid. 
  • Rujukan grid merupakan titik persilangan antara garisan timuran dan utaraan.
  • Terdapat dua jenis rujukan grid :
    • Rujukan grid 4 Angka – digunakan bagi menunjukkan objek di dalam sesuatu persegi grid. 
    • Rujukan grid 6 angka – Digunakan bagi menunjukkan kedudukan sesuatu ciri geografi dengan lebih tepat.


Objek A terletak dalam rujukan grid 4 angka RG1222.
Objek B terletak dalam rujukan grid 6 angka RG 145235.

KETINGGIAN

Ketinggian sesuatu tempat dapat dinyatakan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti warna, simbol dan garisan.

1. Warna

  • Kaedah ini digunakan pada peta atlas.
  • Warna berbeza digunakan bagi menunjukkan perbezaan ketinggian.
  • Ton warna juga digunakan bagi menunjukkan ketinggian. Ton yang gelap mewakili kawasan tanah tinggi dan semakin cerah bagi kawasan rendah.

2. Simbol

  • Antara jenis simbol yang digunakan ialah:


KONTUR DAN KERATAN RENTAS

  • Kontur adalah kaedah yang lebih tepat bagi menentukan ketinggian dan  menggambarkan bentuk bumi sesuatu kawasan dalam peta topo.
  • Selang kontur adalah jarak antara 2 kontur. Selang kontur adalah sama. Contohnya 15m, 50m atau 100m.
  • Garisan kontur juga digunakan bagi menunjukkan bentuk muka bumi sesuatu kawasan dengan menggunakan teknik keratan rentas.
  • Jenis-jenis cerun seperti cerun curam, landai dan bertangga dapat dilihat dengan jelas melalui keratan rentas.
HUBUNGAN KONTUR & KERATAN RENTAS 
  1. Kontur jenis jarang-jarang  : cerun landai
  2. Kontur jenis rapat-rapat : cerun curam
  3. Kontur jenis berselang-seli : cerun bertangga

NOTA TINGKATAN 2 (UNIT 2 - ARAH)


1.
PENGENALAN

  • Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah.
  • Ia diukur dengan kiraan darjah (°). 
  • Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu: 
1.     Bearing Sudutan / Bearing Azimut   
·       Bearing bulatan penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut   pusingan jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0° hingga 360°.
2.  Bearing Sukuan
·       Bearing sukuan, kiraan dan bacaan diasaskan pada arah utara dan selatan. Oleh itu, arah mata angin utara dan selatan ditandakan 0°. Arah mata angin timur dan barat ditandakan 90°. 
  
2.
MENGUKUR BEARING DENGAN MENGGUNAKAN JANGKA SUDUT
·     Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa menjalankan kerja luar.
·     Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta.
·     Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam  bermula 0° hingga 360° .


3.
CARA MENGUKUR BEARING  SUDUTAN
Langkah-langkah mengukur bearing sudutan dengan menggunakan jangka sudut.

Contoh :





Thursday 2 January 2014

NOTA TINGKATAN 2 (UNIT 1 - KEDUDUKAN)



1.
MENGENAL LATITUD / GARIS LINTANG

  • Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob.
  • Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan.
  • Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau Selatan.
  • Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S. 
  • Garis-garis lintang yang utama ialah: 
    1. GarisanKhatulistiwa ( 0° )
    2. Garisan Sartan ( 23½°U )
    3. Garisan Artik ( 66½°U )
    4. Garisan Jadi ( 23½°S )
    5. Garisan Antartik ( 66½°S )
    6. Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan. 


2.
MENGENAL LONGITUD / GARIS BUJUR / MERIDIAN


  • Garis longitud  ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan.
  • Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan.
  • Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi. 
  • Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi nilai 0°.
  • Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360° garis longitud. 
  • Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1°B hingga 180°B.
  • Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah garisan yang sama.
  • Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ). 

    3.
    MENYATA DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT     BERASASKAN LATITUD DAN LONGITUD

    • Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
    • Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud.
    • Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan kepada 60 minit ( ’ )
    • Contoh:  Rujuk peta di bawah
     

    4.
    MENGIRA WAKTU TEMPATAN

    • Garis longitud digunakan untuk mengira waktu.
    • Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0° ).
    • Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat.
    • Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.
     Contoh :


    5.
    WAKTU PIAWAI

    • Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil. 
    • Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai.
    • Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur
    • Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15° garis longitud. 

    • Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T.
    • Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
    • Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami keadaan tengah malam.
    • Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.
    • Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA. 
    • Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari.
    • Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.